Ahad, 10 Januari 2016

Allianz Life Insurance Malaysia Berhad: Simpanan + Perlindungan + Pelaburan + Medical Card...

Allianz Life Insurance Malaysia Berhad: Simpanan + Perlindungan + Pelaburan + Medical Card...: Plan Allianz Dana Padu : Ada Simpanan Tapi Tak Ada Medical Card?? Disini Dua2 Ada..!!!! Dana Syariah Danapadu ni adalah salah satu dana d...

Simpanan + Perlindungan + Pelaburan + Medical Card

Plan Allianz Dana Padu : Ada Simpanan Tapi Tak Ada Medical Card?? Disini Dua2 Ada..!!!!
Dana Syariah Danapadu ni adalah salah satu dana dalam Plan Powerlink Allianz Life Insurance.


Dengan Simpanan Bulanan Antara RM100 hingga RM200 sahaja mengikut umur pemohon.
Simpanan Pelaburan di Dana Syariah antara RM100 ke RM200 sebulan dapat;
1. Manfaat Pampasan Kematian hingga RM150,000 - sehingga umur 100 tahun
2. Manfaat Pampasan Hilang Upaya Kekal hingga RM150,000 - sehingga umur 100 tahun
3. Medical Card antara RM650,000 hingga RM2 Juta (Tiada ko-insurans) - Guaranteed Renewal sehingga umur 81 tahun
4. Manfaat Pampasan 36 Penyakit Kritikal hingga RM100,000
5. Manfaat Pampasan Kemalangan Diri hingga RM100,000
6. Elaun Hospital hingga RM100-RM200 sehari
7. Manfaat Pampasan Untuk Penyakit2 Berkaitan Wanita atau lelaki.
8. Manfaat Pampasan MC untuk Kemalangan Diri
9. Percuma Bayaran Premium Bulanan Jika Disahkan Sakit Kritikal Hingga Akhir Hayat.
10. Akaun Simpanan Dalam Dana Syariah Hingga RM100,000 - Duit simpanan boleh dikeluarkan bila2 masa tanpa perlu membayar balik dgn baki minima RM1000.
Konsep sama mcm buat simpanan jangka panjang, maknanya sumbangan kita tiap2 bulan tu selepas tempoh tertentu antara 7 ke 12 tahun, kita dapat balik simpanan tu. (Cash Value).  Allianz PowerLink adalah satu pelan yang menggabungkan semua keperluan yang merangkumi (Perlindungan + Pelaburan + Simpanan + Medical Card)



Maknanya dalam tempoh simpanan kita tu, ini yang kita dapat:
Produk Insurans Hayat dari Allianz Life Insurance ni menawarkan pakej yang menarik dengan premium serendah RM100 sebulan (Premium Link)

Kad Perubatan, Manfaat Kematian, Manfaat Kemalangan/Lumpuh Kekal, Manfaat 36 Penyakit Kritikal, Pengecualian Premium, SERTA PELABURAN BERBENTUK SIMPANAN DALAM DANA SYARIAH DI ALLIANZ LIFE DANA PADU.

Perlindungan yang tinggi dengan premium yang rendah dan berbentuk simpanan jangka panjang. 
Contoh dengan Simpanan RM200 sebulan.
Kita akan dapat manfaat2 seperti di bawah:
1. Manfaat Kematian (Sum Insured) = RM50,000++
2. Manfaat Penyakit Kritikal Plus = RM 50,000++
3. Manfaat Kad Perubatan = RM850,000++ seumur hidup dan alaun wad RM100 sehari
4. Manfaat Kemalangan /TPD = RM 100,000
5. MC akibat kemalangan = RM100/minggu
6. Anggaran Dividen Pelaburan (9%) - 10 tahun = RM 7,172 *
7. Anggaran Dividen Pelaburan (9%) - 20 tahun = RM 23,470 *
* Maknanya dalam tempoh tu kita nak keluarkan duit sikit kalau ada keperluan pun boleh, simpanan la katakan . Cantiknya kita boleh adjust atau ada option (+ Rider) utk ambil coverage lebih tinggi atau Manfaat Kad Perubatan lebih tinggi. Nak tambah sikit simpanan jadi RM220 atau RM250 pun boleh dgn manfaat pun bertambah..

Amacam ?? Menarik tak ??

Sebarang kesulitan dan pertanyaan anda bolehlah membuat Call/WhatsApp/SMS kepada saya di talian
011-31444 871 / 017-836 2737


Sabtu, 9 Januari 2016

Allianz Life Insurance Malaysia Berhad: "Kenali, Ketahui dan Bersahabatlah dengan Allia...

Allianz Life Insurance Malaysia Berhad: "Kenali, Ketahui dan Bersahabatlah dengan Allia...: "Kenali, Ketahui dan Bersahabatlah dengan Allianz" Layari www.allianz.com.my TENTANG ALLIANZ Ø  Merupakan seb...



"Kenali, Ketahui dan Bersahabatlah dengan Allianz"
Layari www.allianz.com.my

TENTANG ALLIANZ

Ø  Merupakan sebuah syarikat besar yang ditubuhkan dari Jerman.
Ø  Allianz sudah 124 tahun di dunia dan ditubuhkan pada 1890.
Ø  Mempunyai lebih 80 juta pelanggan dari seluruh dunia.

KEBAIKKAN INCOME PROVIDER PLAN (IPP)

Ø  3 akaun yang mempunyai faedah tersendiri akan diberi sekiranya menyimpan dalam IPP (Bonus Terjamin, Dana Terkumpul & Insurans Khairat Kematian).

Ø  Risiko simpanan yang terlalu rendah dan tidak berkait dengan turun naik bursa saham.

Ø  Simpanan ini berdisiplin dan mempunyai matlamat.

Ø  Kata orang putih, “1 AMAZING plan, the best in town and hottest in the market”
.
Ø  Boleh memilih plan simpanan secara monthly, halfly, quarterly atau yearly.

3 jenis akaun:

Akaun 1: Bonus Terjamin @ Guarantee Cash Payment (GCP)

Ø  Nilai dividen yang tinggi iaitu sebanyak 24% berbanding ASB yang hanya 8%.
Ø  Dividen 24% tadi akan meningkat kepada 30% sehingga 36% mengikut tahun simpanan  anda.
Ø  Bonus terjamin tersebut boleh dikeluarkan pada setiap tahun (bermula dari tahun kedua).
Ø  Penyimpan yang setia akan diberi bonus terjamin secara percuma selama 10 tahun walaupun telah tamat tempoh menyimpan.

Contohnya: Puan Suily bersetuju mengambil plan simpanan IPP secara tahunan dengan nilai simpanan RM10,000 setahun dalam masa 20 tahun. Walaupun beliau baru sahaja menyimpan wangnya pada bulan Disember 2014, tetapi beliau sudah mendapat bonus terjamin sebanyak 24% pada bulan Januari 2015, yang bermaksud  (RM10,000X24%=RM2400). Maknanya, beliau akan mendapat bonus terjamin 24% dari tahun ke 2 – ke 6 sahaja. Beliau tidak akan mendapat 24% lagi selepas itu tetapi dinaikkan kepada 30% dari tahun ke 7 – ke 10. Kemudian, beliau berpendapat bahawa jumlah simpanan dalam akaunnya semakin menguntungkan. Maka beliau meneruskan simpanan pada tahun ke 11 – ke 20 dan dinaikkan nilai dividen sebanyak 36%, bukan lagi 24% atau 30%. Pada tahun ke 21, beliau sudah boleh mengeluarkan simpanannya selama 20 tahun itu kerana tidak perlu menyimpan lagi. Akan tetapi, oleh kerana beliau mempunyai bonus terjamin secara percuma selama 10 tahun lagi. Beliau membiarkan dahulu wang simpanan miliknya tetap berada dalam akaunnya sehinggalah tempoh 10 tahun. Selepas dikira-kira, jumlah keseluruhan bonus terjamin yang diterimanya bernilai RM96000 (untung daripada simpanan).

Akaun 2: Dana Terkumpul

Ø  Boleh digunakan untuk pendidikan anak, persaraan dan percutian anda sekeluarga.

Contohnya: Modal Pn. Suily: RM200,000 iaitu simpanan selama 20 tahun. Untung beliau hampir RM300,000.
Oleh itu, dana beliau yang terkumpul adalah hampir RM500,000. Nilai itulah wang lump sum yang akan beliau terima selepas 20 tahun.

Akaun 3: Legacy (Insurans Khairat Kematian)

Ø  Sekiranya berlaku apa-apa kepada si penyimpan, warisnya akan mendapat keseluruhan simpanan si penyimpan.
Ø  Hanya untuk kes kematian atau lumpuh sahaja.

Begitulah sedikit sebanyak penjelasan saya mengenai plan IPP ini. Itu merupakan contoh simpanan tahunan sebanyak RM10,000 setahun. IPP menyediakan pelbagai jenis plan iaitu RM2000, RM3000, RM 5000, RM15,000 atau RM 20,000 dan ke atas. Saya jamin simpanan jenis inilah yang terbaik kepada anda sekalian yang berminat untuk menyimpan tetapi masih ragu-ragu hendak memilih plan apakah yang anda mahukan. Kini, kami menyediakan plan IPP dari Allianz untuk kebaikkan masa depan anda dan keluarga.

Untuk penjelasan dan penerangan yang lebih teliti mengenai plan ini atau kepada sesiapa yang berminat hendak menyimpan mulai sekarang (kepada yang serius sahaja), sila hubungi saya Muhammad Ridha di talian 011 314 44871 / 017 836 2737. Kerjasama anda bermula di Allianz. Semoga anda membuat keputusan yang bijak dan baik.Terima kasih.

~ Eksekutif untuk berurusan~
MUHAMMAD RIDHA
01131444871 / 0178362737
ridhahaziq1992@gmail.com

-     Business Development Executive Allianz -
Assalamualaikum, rasanya seperti ramai lagi sahabat-sahabat, rakan-rakan dan teman-teman tidak mengetahui yang hamba adalah seorang 'PERUNDING KEWANGAN'.
Hamba bersedia memberi khidmat penerangan kepada semua berkenaan:
°Apa itu Simpanan?? Apa itu Insurans??
°Kenapa pentingnya Menyimpan?? Kenapa pentingnya Insurans??
°Mengapa perlunya kita menyimpan atau memiliki perlindungan Insurans??

Selain daripada produk asas yang dinyatakan, hamba juga bersedia untuk memberi keterangan berkaitan dengan produk:
°Medical Card
  • Medical Card Individual and Group
  • Project Insurance
  • Group Term Insurance and Others
°Income Protection
  • Income Provider Plan (IPP)
  • Saving and Investment
  • Education Plan

°Platinum (2nd EPF)
  • Retirement Plan

Sebarang kesulitan di atas boleh dileraikan dengan membuat Call/WhatsApp/SMS kepada hamba pada
011-31444 871 / 017-836 2737


Kalau kita tidak merancang, maka kita merancang untuk gagal. Kemahiran menguruskan wang sama seperti kemahiran menjadi ibu bapa.

Kemahiran ini tidak diajar di sekolah-sekolah mahupun universiti. Sedangkan kita mula menguruskan wang sendiri sepenuhnya sejak memperoleh gaji / pendapatan sendiri sehinggalah kita meninggal dunia kelak.

Berikut adalah 8 langkah untuk tuan puan yang serius menguruskan wang dengan bijak dan sistematik.

1. Mempunyai Matlamat Kewangan

Kita semua mesti tahu apa yang kita mahu.

Apakah yang kita mahukan apabila menjelang usia persaraan yang barangkali lagi 10, 20, 30 tahun akan datang? Pengurusan kewangan yang baik membabitkan matlamat kewangan jangka masa panjang. Ibaratnya macam kita mahu menanam pokok durian.

Apabila kita mempunyai satu pandangan jauh, kita telah menetapkan langkah yang betul untuk berjaya. Kerana itulah Islam menyuruh kita berfikir mengenai mati, kerana keyakinan kita mengenai syurga neraka, kehidupan alam akhirat menyebabkan kita bersungguh-sungguh bekerja dengan penuh amanah di dunia.

2. Mempunyai Sumber Pendapatan yang Mencukupi

Dalam surah Yusuf, ayat 47 menyebut kepentingan menanam selama 7 tahun dengan bersungguh-sungguh.

Ya, dengan bersungguh-sungguh.

Dalam erti kata lain, sama ada kita makan gaji atau bekerja sendiri kita perlu benar-benar berjaya (termasuklah memperoleh gaji tinggi) dalam bidang kita. 7 tahun zaman senang itu tadi adalah untuk menghadapi 7 tahun zaman susah.

Jika kita tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi maka kita tidak dapat menyimpan seterusnya mengumpul aset-aset kekayaan. Apakah mempunyai hanya satu sumber pendapatan telah mencukupi? Bagaimana kita dapat menambah pendapatan sampingan?

3. Simpan Sebelum Belanja

Ayat 47, surah Yusuf juga menyebut dengan jelas hasil-hasil tanaman itu tadi disimpan dalam bentuk tangkai, selepas menyimpan barulah selebihnya kita belanjakan untuk hidup.

Kita perlu menangguhkan kepuasan terlebih dahulu.

Sekiranya kita membelanjakan semua pendapatan kita terlebih dahulu dan jika ada lebih baru kita mahu simpan, maka itulah langkah paling berkesan untuk mencipta masalah kewangan yang kronik.

Gaji – simpanan = belanja.
Mudah.

4. Berbelanja dengan Bijak

Kita perlu mengenal pasti keutamaan perbelanjaan kita.

Setelah kita menyelesaikan keperluan-keperluan asas hidup iaitu untuk makan, minum, pakaian, tempat tinggal, pendidikan, kesihatan maka kita perlu pastikan kita mengumpul aset-aset terlebih dahulu. Dalam hal ini, penyata kewangan (financial statement) memainkan peranan penting untuk kita menguruskan kewangan. Angka-angka dalam penyata kewangan dapat memberi petunjuk kepada kita sama ada pembelian ‘harta’ kita adalah bersifat aset atau pun liabiliti.

Penyata kewangan juga dapat menentukan sama ada kita patut menumpukan membaiki aliran tunai atau dapat fokus menambah aset-aset untuk tujuan capital gain.

5. Menguruskan Risiko Kewangan

Risiko adalah sesuatu yang tidak dapat dihapuskan sepenuhnya.

Apa yang kita dapat buat adalah menguruskan risiko tersebut dengan efektif. Bagi kebanyakan orang, cara paling mudah menguruskan risiko kewangan adalah dengan membeli produk-produk takaful.

Dan untuk menjadi seorang yang betul-betul berjaya dalam pengurusan kewangannya, ilmu adalah sangat penting kerana produk takaful tidak mampu menguruskan semua risiko kewangan kita. Adakah ada produk takaful yang dapat melindungi kita dari inflasi, kejatuhan harga saham atau kemerosotan bisnes?

6. Membuat Pelaburan yang Bijak

Simpanan yang kita telah buat itu adalah untuk dijadikan modal pelaburan.

Tujuan pelaburan kita adalah untuk kegunaan menunaikan haji, tabung persaraan, tabung pendidikan anak-anak, tabung percutian dan apa-apa sahaja matlamat kewangan kita.

Kita perlu tahu menyusun strategi pelaburan dengan bijak. Sama seperti permainan bola sepak, ada strategi menyerang seperti 4-3-3, ada strategi bertahan sepeti 5-4-1 mahupun false-nine (4-6-0) berdasarkan kelas aset tertentu.

7. Membahagikan Harta

Setelah kita berjaya mengumpul harta, jangan lupa menyediakan exit strategy ini kerana kita semua pasti mati. Selain faraid, kita ada instrumen-instrumen tertentu seperti wasiat, hibah, wakaf yang dapat menentukan ke mana harta kita selepas mati.

Pembahagian harta ini adalah sangat penting. Harta untuk anak angkat, anak luar nikah, anak susuan, tidak mempunyai anak lelaki misalnya antara isu pembahagian yang mesti diselesaikan sebelum mati. Jangan sampai harta kita beku sebab kelalaian kita dalam urusan ini.


Mahukah tuan mula menguruskan duit gaji secara sistematik ? Seterusnya dapat keluar dari hutang dengan lebih cepat.???