Kalau kita tidak merancang, maka
kita merancang untuk gagal. Kemahiran menguruskan wang sama seperti kemahiran menjadi ibu
bapa.
Kemahiran ini tidak diajar di
sekolah-sekolah mahupun universiti. Sedangkan kita mula menguruskan wang
sendiri sepenuhnya sejak memperoleh gaji / pendapatan sendiri sehinggalah kita
meninggal dunia kelak.
Berikut adalah 8 langkah untuk tuan
puan yang serius menguruskan wang dengan bijak dan sistematik.
1. Mempunyai Matlamat Kewangan
Kita semua mesti tahu apa yang kita
mahu.
Apakah yang kita mahukan apabila
menjelang usia persaraan yang barangkali lagi 10, 20, 30 tahun akan datang?
Pengurusan kewangan yang baik membabitkan matlamat kewangan jangka masa
panjang. Ibaratnya macam kita mahu menanam pokok durian.
Apabila kita mempunyai satu
pandangan jauh, kita telah menetapkan langkah yang betul untuk berjaya. Kerana
itulah Islam menyuruh kita berfikir mengenai mati, kerana keyakinan kita
mengenai syurga neraka, kehidupan alam akhirat menyebabkan kita
bersungguh-sungguh bekerja dengan penuh amanah di dunia.
2. Mempunyai Sumber Pendapatan yang
Mencukupi
Dalam surah Yusuf, ayat 47 menyebut
kepentingan menanam selama 7 tahun dengan bersungguh-sungguh.
Ya, dengan bersungguh-sungguh.
Dalam erti kata lain, sama ada kita
makan gaji atau bekerja sendiri kita perlu benar-benar berjaya (termasuklah
memperoleh gaji tinggi) dalam bidang kita. 7 tahun zaman senang itu tadi adalah
untuk menghadapi 7 tahun zaman susah.
Jika kita tidak mempunyai
pendapatan yang mencukupi maka kita tidak dapat menyimpan seterusnya mengumpul
aset-aset kekayaan. Apakah mempunyai hanya satu sumber pendapatan telah
mencukupi? Bagaimana kita dapat menambah pendapatan sampingan?
3. Simpan Sebelum Belanja
Ayat 47, surah Yusuf juga menyebut
dengan jelas hasil-hasil tanaman itu tadi disimpan dalam bentuk tangkai,
selepas menyimpan barulah selebihnya kita belanjakan untuk hidup.
Kita perlu menangguhkan kepuasan
terlebih dahulu.
Sekiranya kita membelanjakan semua
pendapatan kita terlebih dahulu dan jika ada lebih baru kita mahu simpan, maka
itulah langkah paling berkesan untuk mencipta masalah kewangan yang kronik.
Gaji – simpanan = belanja.
Mudah.
4. Berbelanja dengan Bijak
Kita perlu mengenal pasti keutamaan
perbelanjaan kita.
Setelah kita menyelesaikan
keperluan-keperluan asas hidup iaitu untuk makan, minum, pakaian, tempat
tinggal, pendidikan, kesihatan maka kita perlu pastikan kita mengumpul
aset-aset terlebih dahulu. Dalam hal ini, penyata kewangan (financial
statement) memainkan peranan penting untuk kita menguruskan kewangan.
Angka-angka dalam penyata kewangan dapat memberi petunjuk kepada kita sama ada
pembelian ‘harta’ kita adalah bersifat aset atau pun liabiliti.
Penyata kewangan juga dapat
menentukan sama ada kita patut menumpukan membaiki aliran tunai atau dapat
fokus menambah aset-aset untuk tujuan capital gain.
5. Menguruskan Risiko Kewangan
Risiko adalah sesuatu yang tidak
dapat dihapuskan sepenuhnya.
Apa yang kita dapat buat adalah
menguruskan risiko tersebut dengan efektif. Bagi kebanyakan orang, cara paling
mudah menguruskan risiko kewangan adalah dengan membeli produk-produk takaful.
Dan untuk menjadi seorang yang
betul-betul berjaya dalam pengurusan kewangannya, ilmu adalah sangat penting
kerana produk takaful tidak mampu menguruskan semua risiko kewangan kita.
Adakah ada produk takaful yang dapat melindungi kita dari inflasi, kejatuhan
harga saham atau kemerosotan bisnes?
6. Membuat Pelaburan yang Bijak
Simpanan yang kita telah buat itu
adalah untuk dijadikan modal pelaburan.
Tujuan pelaburan kita adalah untuk
kegunaan menunaikan haji, tabung persaraan, tabung pendidikan anak-anak, tabung
percutian dan apa-apa sahaja matlamat kewangan kita.
Kita perlu tahu menyusun strategi
pelaburan dengan bijak. Sama seperti permainan bola sepak, ada strategi
menyerang seperti 4-3-3, ada strategi bertahan sepeti 5-4-1 mahupun false-nine
(4-6-0) berdasarkan kelas aset tertentu.
7. Membahagikan Harta
Setelah kita berjaya mengumpul
harta, jangan lupa menyediakan exit strategy ini kerana kita semua pasti mati.
Selain faraid, kita ada instrumen-instrumen tertentu seperti wasiat, hibah,
wakaf yang dapat menentukan ke mana harta kita selepas mati.
Pembahagian harta ini adalah sangat
penting. Harta untuk anak angkat, anak luar nikah, anak susuan, tidak mempunyai
anak lelaki misalnya antara isu pembahagian yang mesti diselesaikan sebelum
mati. Jangan sampai harta kita beku sebab kelalaian kita dalam urusan ini.
Mahukah tuan mula menguruskan duit
gaji secara sistematik ? Seterusnya dapat keluar dari hutang dengan lebih
cepat.???
Tiada ulasan:
Catat Ulasan